Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Amaran Hamas Akan Bedil Lapangan Terbang Ben Gurion Israel

$
0
0
Amaran Hamas Akan Bedil Lapangan Terbang Ben Gurion Israel

Amaran Hamas Akan Bedil Lapangan Terbang Ben Gurion IsraelGAZA: Sayap bersenjata Hamas memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa ia berhasrat menjadikan Lapangan Terbang Anatarabangsa Ben Gurion sebagai sasaran roketnya dari Gaza dan meminta agar mereka tidak mempunyai penerbangan ke sana.

“Berikutan serangan Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza...sayap bersenjata Hamas memutuskan untuk bertindak balas terhadap serangan Israel dan kami memberi amaran agar tidak terbang ke lapangan terbang Ben Gurion. 


“Ia adalah salah satu sasaran kami hari ini kerana lapangan terbang itu juga mempunyai pangkalan udara tentera,” kata kenyataan Hamas. 

Pergerakan itu mendakwa ia sudahpun melepaskan tembakan roket ke arah lapangan terbang berkenaan tetapi ia tidak terkena sasarannya memandangkan lapangan terbang itu dilindungi sistem pemintasan.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang berkata siren dibunyikan di Ben Gurion dan semua aktiviti dihentikan selama kira-kria 10 minit, tetapi siren itu adalah sebahagian daripada isyarat umum di Tel Aviv dan bukan ancaman terus terhadap lapangan terbang. - Reuters 


Briged Al Qassam telah menghantar mesej ini kepada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang menjadikan negara Israel sebagai destinasi dan meminta mereka menghentikan penerbangan ke lapangan terbang Israel atas faktor keselamatan terhadap semua penerbangan.

Kepada: 
Pengurus-pengurus,
Syarikat-syarikat Penerbangan Dunia

Oleh kerana serangan pengganas Israel ke atas rakyat Semenanjung Gaza, yang mana merekabtelah memusnahkan rumah-rumah penduduk Gaza, membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, kami, Briged Izzuddin Al-Qassam sayap ketenteraan Pergerakan Hamas, telah mengambil keputusan untuk membalas keganasan tersebut.

Atas faktor itu, kami memberi amaran agar tidak menggunakan Lapangan Terbang Ben Gurion yang mana akan menjadi sasaran kami bermula sekarang. Ini kerana di sana terdapat Base Tentera Udara Israel yang dikenali sebagai 'Base Tentera Udara 27'. Jadi, kami tidak akan bertanggungjawab secara undang-undang atau etika bagi sebarang kecederaan yang berlaku terhadap para penumpang atau kerosakan terhadap pesawat ketika ia berlepas mahupun mendarat di lapangan terbang yang disebutkan di atas.

Briged Izzuddin Al Qassam,
Jumaat, 11 Julai 2014

[English]
Dear,
World Airline Companies Managers

Because of the terrorist Israeli forces attacks against the people of Gaza Strip, which concentrated in destroying houses on the heads of their residents, killing women, children and elderly, we, Izzedeen Al-Qassam Brigades the military wing of Hamas Movement, have decided to respond to the Israeli aggression.
So in this regard we warn you of making flights from and to Ben-Gurion Airport, which will be one of our targets from now on. Because it contains a military air base, known as the "Military Air Base 27". Accordingly, we disclaim our legally and ethically responsibility for any casualties to your travelers or planes during their takeoff or landing in the above mentioned airport .

Izzedeen Al-Qassam Brigades
Friday, July 11, 2014

[عربي]
السادة مدراء شركات الطيران العالمية الأعزاء

نظراً لما تقوم به القوات الإسرائيلية من اعتداءات ارهابية على أهالي قطاع غزة والتي تتركز في هدم البيوت على رؤوس ساكنيها فتقتل النساء والأطفال والشيوخ, فإننا في كتائب الشهيد عز الدين القسام الجناح العسكرية لحركة حماس قررنا الرد على العدوان الإسرائيلي.

وإننا بهذا الخصوص نحذركم من تسيير رحلات من وإلى مطار بن جوريون الإسرائيلي الذي سيكون أحد أهدافنا منذ اليوم, نظراً لأنه يحتوي على قاعدة عسكرية جوية المعروفة باسم "القاعدة العسكرية الجوية 27"وعليه فإننا نخلي مسئوليتنا القانونية والاخلاقية عن أي اصابات تقع لمسافريكم أو طائراتكم اثناء اقلاعها أو هبوطها في المطار المذكور.

كتائب الشهيد عز الدين القسام
الجمعة, 11 يوليو, 2014





Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>