Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Kebenaran Berkahwin Secara Online Negeri Melaka

$
0
0
Permohonan Kebenaran Berkahwin Secara Online Negeri Melaka

Permohonan Berkahwin Secara Online Negeri Melaka | Berita baik buat umat Islam di negeri Melaka apabila Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Mohd Zin Mansor memaklumkan yang mereka kini boleh membuat permohonan kebenaran berkahwin secara dalam talian mulai Selasa depan 15 Julai 2014

Pendaftaran Dan Permohonan Online Kebenaran Berkahwin

Pendaftaran itu boleh dilakukan di laman sesawang www.sppim.gov.my atau pautan di www.jaim.melaka.gov.my dengan menggunakan Modul Benar Nikah Online (BNO) untuk negeri Melaka. 

Modul itu sedang diselaraskan dengan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan kerjasama Jabaan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Kebaikan Guna 
Modul Benar Nikah Online (BNO)
"Penggunaan BNO ini akan membantu pelanggan dalam urusan permohonan kebenaran berkahwin dengan lebih cepat, mudah dan telus melibatkan negeri yang menggunakan SPPIM,"SPPIM diguna pakai di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Perak. 

Pertanyaan lanjut 

boleh dibuat di Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam di talian 06-3333333 sambungan 5631/5634/5636 atau Pejabat Agama Islam daerah di negeri ini.

PANDUAN RINGKAS MODUL BENAR NIKAH ONLINE (BNO)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>