Bantuan Khas Aidilfitri 2014 Untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Johor | Berita baik untuk kakitangan Kerajaan Negeri Johor seperti yang di petik dari laman FB MB Johor apabila
Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM500 setiap seorang dengan jumlah peruntukan berjumlah RM6.6 juta. Pemberian bantuan khas itu membabitkan 11,187 penjawat dan kakitangan kerajaan negeri dari Gred 1 hingga 54.Kerajaan negeri juga bersetuju memperluaskan agihan bantuan khas Aidilfitri kepada semua guru kelas Al-Quran dan fardu ain (KAFA) serta guru tadika agama.
Follow @rossacalla