Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Konsep, Definisi Dan Kesan Jerebu

$
0
0
Konsep jerebu
Konsep, Definisi Dan Kesan Jerebu

-Peningkatan bahan terampai dalam atmosfera melebihi dua kali ganda jumlah yang berkeadaan normal mengikut indek pemcemaran udara (IPU). 

Bahan-bahan terampai seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang di hasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat petir. 

Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti kegiatan perindustrian. kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.


KANDUNGAN JEREBU
Bahan Sumber pengeluarnya

1. Partikulat terampai - Asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga dan kilang

2. Sulfur dioksida - Letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel

3 Karbon monoksida dan karbon - loji tenaga , idustri menggunakan dioksida bahan api fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak diesel dan berplumbum

4. Nitrogen dioksida - loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor

5. Plumbum - industri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber kenderaan.
Punca-punca

1. Letupan gunung berapi
2. Kebakaran hutan.
3. Pembakaran terbuka
4. Perindustrian
5. Kenderaan bermotor

Kesan komponen utama jerebu

1. Karbon monoksida - melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.

2. Sulfur dioksida - meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Mengganggu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.

3. Nitrogen dioksida - merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara.

4. Plumbum - merosakkan sistem saraf dan otak.

5. Partikulat terampai - meruncingkan penyakit paru-oaru dan jantung, mengubah ketahan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik.

Kesan-kesan jerebu

1. Memburukan lagi masalah mereka yang menghidapi asma dan penyakit-penyakit berkaitan pernafasan.
2. Menjejaskan penglihatan.
3. Menyebabkan kemalangan jalanraya, pelanggaran kapal laut dan menjejaskan perkhidmatan pengangkutan udara.
4. Menjejaskan hidupan akuatik apabila suhu meningkat.
5. Menjejaskan proses fotosintesis seterusnya mengurangkan produktiviti sektor pertanian.
6. Meningkatkan kejadian hujan asid.
7. Meningkatkan suhu tempatan dan kesan rumah hijau.
8. Menghalang pembalikan bahangan matahari ke atmosfera.


Langkah-langkah mencegah/mengatasi jerebu

1. Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

-Denda, kompaun, tarik lesen pihak-pihak yang menyumbang kepada pencemaran udara seperti melakukan pembakaran terbuka.
-laporan EIA bagi setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan kepada Pengarah JAS.

2. Pengurusan strategik

- Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dengan menggunakan sumber tenaga alternatif seperti gas, suria dan kuasa eletrik hidro.

- mengantikan kaedah tebang bakar kepada tebang reput dalam sektor pertanian.

- mengalakkan perkongsian kereta dan penggunaan pengangkutan awam.

- mewujudkan zon perindustrian .

- menjalankan usaha pembenihan awan untuk menghasilkan hujan tiruan

- merenjis wap-wap air dari bangunan tinggi di bandar

- menggunakan penapis pada ekzos kenderaan dan pengunaan petrol tanpa plumbum

- mewujudkan bandar dalam taman agar tumbuhan menyumbang wap-wap air yang membolehkan pembentukan awan seterusnya menurunkan hujan bagi memendapkan habuk dan partikel terampai dalam atmosfera

3. Pendidikan

- kempen sayangi alam sekitar dan kepentingan menjaga persekitaran dari pencemaran.

- pendidikan melalui subjek di sekolah


Skala Indek Pencemaran udara (IPU)
Skala Indek IPUStatus Kualiti Udara
0-50Baik
51-100Sederhana
101-200Tidak sihat
201-300Sangat tidak sihat
301-500Berbahaya
Lebih daripada 501Darurat boleh diisytiharkan


Sumber: Jabatan Kaji Cuaca Malaysia

Panduan lain konsep dan punca pencemaran udara di SINI




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604