Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tiga Bidang Utama Kurikulum MRSM

$
0
0
Kurikulum MRSM

Kurikulum MRSM terdiri daripada tiga bidang utama yang memberi penumpuan kepada program-program berikut:

                                     1. Program Akademik
                                     2. Program Perkembangan Sahsiah
                                     3. Program Pembangunan Bakat

1.Program Akademik
Kurikulum ini berasaskan kepada kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan dan kurikulum yang dibentuk khas oleh MARA. Ia terdiri daripada subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.

 Subjek Menengah Rendah
Subjek TerasSubjek Khas
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Geografi
  • Sejarah
  • Sains
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Sains Komputer
  • Kemahiran Berfikir
  • Kemahiran Belajar
  • Bahasa Arab


Subjek Menengah Atas
Subjek TerasSubjek ElektifSubjek Khas
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • English For Science Technology
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Rekacipta
  • Prinsip Akaun
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer
  • Senireka
  • Keusahawanan
  • Perkembangan Kerjaya & Kemahiran Berkomunikasi
  • Kemahiran Berfikir
  • Kemahiran Belajar

MRSM juga mengadakan program-program penghayatan akademik untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Program-program ini juga merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan daya kreativiti mereka selain daripada mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
  • Sambutan Hari Maulidur Rasul  
  • Sambutan Israk Mikraj  
  • Sambutan Hari Kemerdekaan  
  • Hari Alam Sekitar  
  • Pertandingan Bahas  
  • Pertandingan Biologi  
  • Kem Cuti
  • Minggu Kerjaya  
  • Pameran Seni Reka 
  • Minggu Usahawan 
  • Tunas Saintis 
  • Olympiad Matematik  
  • Pertandingan Hafaz Al-Quran.

2.    Program Perkembangan Sahsiah
Kurikulum ini dibentuk untuk menyokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktivii keusahawanan, kokurikulum, persatuan/kelab,kem cuti, sukan dan permainan.

Contoh Aktiviti-Aktiviti Perkembangan Sahsiah :-
 Program-Program Pembangunan Diri
  • Kursus Jayadiri
  • Program Penyesuaian Diri
  • Program Pembangunan Kecerdasan Emosi
  • Perkembangan Kerjaya
  • Konsep Kendiri
  • Etiket
  • Latihan Temuduga
 Aktiviti Keusahawanan
  • Aktiviti Koperasi
  • Penerbitan Majalah
  • Program Usahawan Muda
 Persatuan dan Kelab
  • Persatuan Sains Sosial / Kemasyarakatan
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Seni Kreatif
  • Kelab Pertukangan
  • Kelab Kembara
  • Kelab Fotografi
 Badan Beruniform
  • Kadet Bomba
  • Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat & Laut) 
  • Pandu Puteri
  • Kadet Polis
  • Pengakap
  • Seni Pertahanan Diri
 Kem Cuti
  • Kem Cuti Sains
  • Kem Astronomi
  • Kem Rekreasi Mendaki Gunung
  • Kem Arkeologi Muda
 Sukan Dan Permainan
  • Kelab Bola Sepak
  • Kelab Olahraga
  • Kelab Sepak Takraw
  • Kelab Catur
  • Kelab Senamrobik
  • Kelab Golf
  • Kelab Kayak

3.    Program Pembangunan Bakat
Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaaan yang diolah  berdasarkan The Enrichment Triad Model. Melalui program ini,  potensi dan  bakat pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik untuk seluruh sekolah . Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :
A.  Pengayaan Type I
Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya,  peristiwa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain.  Pengalaman  dan penemuan melalui penerokaan ini membantu  pelajar mengenalpasti minat  dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type III).
B.  Pengayaan Type II
Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi efektif . Semua pelajar diberikan kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan.   Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar dalam penyelidikannya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.
C.   Pengayaan Type III
Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar  menjalankan aktiviti penyiasatan dan menghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audiens sebenar. Pelajar  befikir dan bertindak sebagai seorang  penyelidik profesional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi efektif yang diterapkan melalui pengayaan Type II.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>