Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Biasiswa Sukan 2014 IPT KPM Online

$
0
0
Permohonan Biasiswa Sukan 2014 IPT KPM Online

Permohonan Biasiswa Sukan 2014 IPT KPM Online | Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. 
  
Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta dan Politeknik. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja. 
  
Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

OBJEKTIF, SYARAT PERMOHONAN DAN ELAUN SERTA KEMUDAHAN DAN UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA KLIK LINKINI

CARA BUAT PERMOHONAN

a.
Permohonan dibuka secara atas talian seperti berikut:
  
 
Tarikh Mohon1 Julai 2014 - 31 Julai 2014
PemohonAtlet Pelajar sedia ada di IPT / pelajar baru yang telah mendapat surat tawaran kemasukan ke IPT
  
b.
Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman web rasmi Kementerian dan setiap pemohon hanya layak membuatsatu (1) permohonan SAHAJA.
  
c.
Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai;
  
 
Tarikh Semakan14 Ogos 2014 - 22 Ogos 2014
(tertakluk kepada pindaan)
  
d.
Permohonan yang layak ke panggilan temuduga sahaja perlu membawa bersama DUA (2) salinan cetakan permohonan yang telahdisahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
  
e.Permohonan yang tidak lengkap atau lewat secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>