Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014

$
0
0
Tugasan Geografi T3 2014

Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014 (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014-panduan.html#ixzz36SoS7qZ7 
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook


Kesan-Kesan Pencemaran Udara

  • Menjejaskan kesihatan manusia
Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Akibat pencemaran berlaku, bahan cemar yang terperangkap di udara akan memasuki hidung atau mulut manusia dan seterusnya paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida adalah gas yang akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Hal ini menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
  • Memberi kesan kepada tanaman

Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok pula, tisu-tisu tumbuhan akan reput. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannyaterancam.
  • Pembentukkan hujan asid
Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Hujan asid berlaku disebabkan proses penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awam dan turun bersama-sama dengan hujan. Hujan asid bukan sahaja memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur malah mengancam hidupan air. Hujan asid juga menghakiskan harta benda seperti pakaian, kertas dan bangunan-bangunan.

  • Kenaikkan suhu di bumi
Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014
Kenaikan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terlalu banyak dan terkumpul di dalam udara. Jadi, suhu di bumi meningkat dan persekitaraan kita menjadi panas. Fenomena ini menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Banjir besar akan berlaku atas peningkatan paras air laut.

Via Masalah Pencemaran Global




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>