Senarai Imam Solat Terawih Di Masjidil Haram Sepanjang Ramadhan 2014 | Enam orang imam telah dilantik untuk bertugas mengimami solat terawih dan tahajud di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadhan ini.
Mereka diketuai imam masyhur Abdul Rahman As-Sudais bersama Saud As-Shuraim, Abdullah Al-Johan, dan Maher Al-Muaiqly, Khaled Al-Ghamdi dan Baleelah Airport.
"Bagaimanapun Al-Sudais hanya akan memimpin solat terawih pada akhir Ramadhan,” ujar salah seorang pengurus di Masjidil Haram, Ali Hamid Al Nafji dipetik Arabnews.
2,000 kamera CCTV
Selain itu, tahap keselamatan pengunjung Masjidil Haram juga dipertingkatkan dengan memasang 2,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar masjid dan di sekitar Kota Mekah.
Masjidil Haram juga kata Ali Hamid, akan menyediakan al-Quran dengan 72 bahasa yang berbeza.
Sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, pihak masjid turut menyediakan beberapa aplikasi berkaitan dengan al-Quran yang boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar.
“Al-Quran bersama terjemahan tersedia untuk di muat turun dengan bahasa-bahasa utama di dunia,” katanya. - HARAKAHDAILY 26/6/2014
Malam Pertama: Sheikh Su’ud as-Syurim/Sheikh Abdul Rahman as-Sudais
Malam Kedua: Sheikh Abdullah al-Juhani/Sheikh Maher al-Mu’aiqili
Malam Ketiga: Sheikh Khalid al-Ghamidi/Sheikh Bandar Balilah
Begitulah seterusnya berselang-seli sehingga 10 malam terakhir, jadual lain.
Terawih 10 malam sehingga malam 28 diimamkan oleh:
Sheikh Abdullah al-Juhani/Sheikh Maher al-Mu’aiqili
Malam Khatam Quran 29 Ramadan:
Sheikh Abdullah al-Juhani/ Sheikh Abdul Rahman as-Sudais
Solat Tahajjud bermula 21-30 Ramadan:
Malam 21: Sheikh Su’ud as-Syurim/Sheikh Abdul Rahman as-Sudais
Malam 22: Sheikh Khalid al-Ghamidi/Sheikh Bandar Balilah
Malam 23: Sheikh Su’ud as-Syurim/Sheikh Abdul Rahman as-Sudais
Malam 24: Sheikh Khalid al-Ghamidi/Sheikh Bandar Balilah
Malam 25: Sheikh Su’ud as-Syurim/Sheikh Abdul Rahman as-Sudais
Malam 26: Sheikh Khalid al-Ghamidi/Sheikh Bandar Balilah
Malam 27: Sheikh Su’ud as-Syurim/Sheikh Abdul Rahman as-Sudais
Malam 28: Sheikh Khalid al-Ghamidi/Sheikh Bandar Balilah
Malam 29: Sheikh Su’ud as-Syurim/Sheikh Maher al-Mu’aiqili
Malam 30: Sheikh Khalid al-Ghamidi/Sheikh Bandar Balilah
kredit Ulum Quran
Follow @rossacalla