Esok 26 Jun 2014 diisytiharkan cuti umum untuk Negeri Johor atas kemenangan pasukan JDT menjulang Juara Liga Super Malaysia 2014 sebentar tadi.
Menurut myMetro pula
Johor Bahru: Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim mengumumkan negeri itu sebagai cuti umum esok (Khamis) selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super 2014.
Dalam pada itu satu majlis menyambut pemain JDT akan diadakan di Stadium Larkin 8 malam esok sempena kejayaan memenangi Liga Super 2014.
Pemain JDT dijangka tiba di Tol Skudai jam 7 petang esok dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya akan menaiki bas tidak berbumbung bermula di Tol Skudai dan terus ke Tol Kempas.
Seterusnya bas berkenaan akan bergerak EDL mengelilingi Bandaraya Johor Bahru sebelum terus ke stadium.
Seterusnya bas berkenaan akan bergerak EDL mengelilingi Bandaraya Johor Bahru sebelum terus ke stadium.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, ia bertujuan meraikan kejayaan JDT meraih gelaran juara Liga Super sebentar tadi yang menundukkan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri Kuching.
Follow @rossacalla