Gambar Menarik Pokok Kurma Mula Berbuah Di Kota Bharu | KOTA BHARU: Kebiasaannya kita hanya menikmati buah tamar yang diimport dari negara-negara Timur Tengah setiap kali menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan.
Malah hanya mereka yang pergi menunaikan ibadat umrah atau haji sahaja yang berpeluang bertandang ke kebun tamar untuk melihat dari dekat pokok tersebut.
Bagaimanapun sekarang orang ramai tidak perlu lagi ke negara Arab untuk melihat dari dekat pokok tamar yang berbuah.
Pokok tamar yang ditanam di Bulatan Jam Besar di pusat bandar Kota Bharu oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sejak lima tahun lalu kini mengeluarkan buah.
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, pokok tamar tersebut ditanam bagi mengindahkan Bandar Kota Bharu.
“Pada mulanya MPKB-BRI menanamnya hanya untuk hiasan semata-mata sebagai simbolik Kelantan Serambi Mekah.
“Lagi pun bukan mudah untuk menjaga pokok tersebut apabila 10 daripadanya selepas ditanam mati. Kami gantikan dengan pokok lain, kemudian ada lagi yang mati.
“Setelah lima menjaga akhirnya tahun ini pokok tamar yang ditanam mulai berbuah,” katanya di sini.
Beberapa tahun lalu pokok tamar yang ditanam di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa juga mengeluarkan buah, namun saiz kecil sedikit berbanding tamar ditanam MPKB BRI.
Sejak gambar pokok tamar tersebut mengeluarkan buah tersebar di internet dan media, orang ramai tidak putus-putus datang untuk melihat dari dekat termasuk pelancong luar negara.
Azman juga tidak menolak kemungkinan pokok tamar terbabit berbuah berikutan cuaca panas dan kering di Kelantan sejak dua bulan lalu.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan ketika melintas jalan ke dataran Jam Besar memandangkan ia terletak di laluan utama ke pusat Bandar Kota Bharu.
“Paling penting buah kurma jangan diambil. Biarlah ia masak sebab kalau kita ambil buah tiada lagi tarikan kepada orang lain yang belum melihatnya,” ujar beliau.- SUMBER : HARAKAHDAILY, 16/6/2014

Orang ramai melihat dari dekat pokok tamar berbuah di Dataran Jam Besar MPKB BRI.
Follow @rossacalla