Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Keputusan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 Tahun 2014

$
0
0
Keputusan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 Tahun 2014

Siapa Juara Kilauan Emas 4 Tahun 2014? | Kejutan berlaku pada Rabu lepas apabila Raja Azura hanya mengumumkan pemenang di tempat kelima dan keempat sahaja yang menjadi milik peserta dari Pahang, Mohammad Nasiruddin Mohd. Hashim (Nas) dan Nor-Din Yusoff (Nordin) dari Kelantan.


Nasib tiga peserta selebihnya iaitu Benasil Kudong (Ben), Md. Zain Ramli (Zain) dan Omar Sharif Mat Din (Arip) hanya akan diketahui pada Rabu ini 11 Jun 2014 menerusi sebuah lagi konsert yang diberi nama Konsert Mega Akhir Kilauan Emas jam 930 malam LIVE di Astro Prima dan Astro Mustika HD.
Siapa bakal juara Kilauan Emas Musim 4 Tahun 2014?

Senarai Pemenang Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 2014


JUARA - RM100,000, Toyota Camry : ARIP 

NAIB JUARA -  RM50,000, Nissan X-Gear : ZAIN

KETIGA - RM30,000, Myvi : BEN
ANUGERAH JURI - RM10,000 : ARIP
Pada minggu lepas pengacara Raja Azura pada malam Rabu turut mengumumkan pemenang tempat keempat iaitu Nordin Yusof yang membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort dan langganan majalah Midi beserta trofi. 

Manakala, Mohammad Nasiruddin atau Nas Menduduki tempat kelima dengan meraih wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah Midi dan trofi.


Sementara itu Anugerah Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus dimenangi oleh Nordin. Dia menerima wang tunai RM15,000 dan trofi.

Manakala bagi kategori Peserta Teladan dimenangi oleh Raida yang membawa pulang hamper barangan Nestle.

Hadiah-hadiah berkenaan tidak termasuk hadiah iringin berupa wang tunai sumbangan Nestle.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>